Perutusan Presiden


Salam sejahtera dan selamat melayari laman blog Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia [PSOA].

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingganya ditujukan kepada Ahli-ahli Persatuan dan juga masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia yang sentiasa bersama. Sesungguhnya juga, ingin dinyatakan disini bahawa barisan kepimpinan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia sebenarnya begitu prihatin terhadap kesejahteraan dan kesentosaan masyarakat Orang Asli. Lantaran itu, persatuan sentiasa bersama, sedia berkhidmat dan berbakti dengan penuh ikhlas kepada bangsa dan negara.

Persatuan memandang tinggi dalam penyampaian maklumat khusus kepada ahli-ahli di semua peringkat dengan lebih efektif. Hatta, kemudahan secara interaktif yang disediakan menerusi laman blog ini, secara langsung membolehkan ahli-ahli atau orang ramai memberikan maklumbalas kepada persatuan untuk bersama-sama melakukan penambahbaikan atau perubahan demi kepentingan bersama, bangsa dan negara.

Dimaklumkan juga bahawa kandungan laman blog ini akan dikemaskini dari masa kesemasa termasuklah pengisian maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan berurusan.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari laman blog ini. Adalah diharapkan agar laman blog ini akan terus menjadi wadah rasmi persatuan dalam perkongsian informasi yang berguna buat semua.


Salam 1 Malaysia


RASHID BIN KA’ ., AMP.
Presiden
Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia